Monday, 2 March 2009

If you have some spare time..

[Sry, this applies to Berita Harian readers only]

Try checking the front page of today's Berita Harian (2 March)


You will see a man smiling, with a camera, and a picture of a couple having a picnic.

-----------------------------------------------------------------------

BUKU RAKAM HASIL FOTO DIPETIK DARI KERUSI RODA
Oleh Adli Yashir Kuchit

MEMETIK foto mungkin satu perkara yang mudah dilakukan tetapi bagi Encik Roslee Karim, 38 tahun, ia sesuatu yang amat mencabar.

Encik Roslee yang lumpuh di bawah paras dada bukan hanya menghadapi kesukaran bergerak, beliau juga menghadapi masalah memetik butang kamera.

Namun, berkat kesungguhan dan minatnya pada seni foto, beberapa hasil kreatif Encik Roslee telah dipilih untuk diterbitkan dalam buku mewah (coffee table) bertajuk Glimpses of Singapore 31 December 2008, A Photographic Journal by People with Physical Disabilities.

'Selain hilang daya gunakan kaki dan tangan, jari saya juga agak lemah, oleh itu sukar bagi saya menggunakan kamera,' kata beliau yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya pada 1991.

Minatnya pada seni foto lahir secara tidak sengaja setelah menghadiri satu kursus fotografi anjuran Persatuan Cacat Anggota (SPD) tahun lalu.

'Dengan bantuan relawan yang menyorong saya dengan kereta roda saya berjaya melaksanakan projek ini,' jelas beliau yang masih bujang.

Seramai 13 ahli SPD yang cacat anggota mengambil masa sekitar lima bulan menyiapkan buku yang memaparkan kehidupan dan pemandangan setempat.

Selain anggota SPD, sekumpulan relawan dari Sekolah Victoria dan Politeknik Singapura juga telah menyumbang tenaga menerbitkan buku tersebut.

Pengurus Awam Pemasaran dan Operasi SPD, Encik Tommy Tng, berkata gambar-gambar yang dipilih telah diambil daripada kaca mata seorang yang cacat anggota.

'Ia memberi kita sudut dan perspektif yang berlainan kerana ia dirakamkan dari sudut seseorang yang sedang duduk di kerusi roda,' jelas Encik Tng.

Selain mengumpul dana, buku setebal 84 muka surat itu dihasilkan untuk mempamerkan bakat dalam kalangan golongan cacat.

'Ia juga membuka peluang bagi mereka yang cacat anggota mencuba sesuatu yang baru,' kata Encik Tng.

Sebanyak 1,000 naskhah buku itu telah dicetak dan kini dijual di kedai buku setempat dengan harga $30 senaskhah.

Hasil daripada penjualan buku tersebut akan disalurkan bagi membiayai program-program pekerjaan SPD.

----------------------------------------------------------------------

On 31st Dec 08, a group of media club members mentored an SPD
(Society for the Physically Disabled) member, each, to expand their
interest and skills in photography.

And I'm really glad I've played my part by helping him to get around and share
my knowledge with him.

.
.
.


They're selling their photos for $300 each!!!

Argh man..

Nevermind, it's for a good cause.

And I'm sure the other 10 Victorians involved such as Quinn, Damien, Aidil,
didn't regret their kind acts.

No comments: